Selasa, 13 Oktober 2009

Mesyuarat TK2 Bil.3/2009

Mesyuarat TK2 Bil.3/2009
Tarikh : 10/10/2009 (Sabtu)
Masa : 8 pagi
Tempat : Padang Mainan TK2

Kehadiran penduduk ke mesyuarat kali ini adalah seramai 21 orang. Berikut adalah hasil dari perbincangan yang telah diadakan:-

NOTA PERBINCANGAN

1. Kawalan keselamatan – dapatkan syarikat yg TERBAIK
Tindakan : Dr. Nurhizam (77)
Semua telah bersetuju utk mengutip RM100 setiap rumah sebagai deposit utk dibawa berbincang dgn pihak kawalan keselamatan. Kita akan cuba mendapat bayaran bulanan TERENDAH yg mungkin utk kawalan keselamatan.
Heizrul(32A) = 012-3858504

2. Palang gate
Tindakan : Ahmad Nazri(22A)
Ahmad Nazri akan cuba mendapatkan sebut harga untuk untuk palang gate

3. Pondok keselamatan
Tindakan : Dr. Nurhizam (77)
Dr Nurhizam akan cuba berurusan dgn pemaju utk dptkan pondok keselamatan sedia ada. Memindahkan lokasi yg lebih sesuai (telah pun berbincang), kemudahan asas infrastructure dr segi tapak, elektrik, air, tandas, dll.
Maklumbalas:
pemaju SETUJU pindahkan pondok lama tu ke dalam kawasan taman kita, tapi saya perlu hantar surat rasmi permohonan.

4. Jabatan Perpaduan Negara
Tindakan : Dr. Nurhizam (77)
Dgn mengadakan Rukun Tertangga di TK2, kita boleh mendapatkan bantuan seperti cota, khemah, mungkin juga Pondok Keselamatan & gate, dll. Dr. Nurhizam akan usahakan mengenai perkara tersebut.

4. Sticker
Tindakan : Mohd Sazali Jalil (No28)
Apa yg telah diberitahu STICKER telah pun siap utk digunakan

5. Pagar - isu dibawa ke MDS
Tindakan : Tuan Pengerusi (No53) dan Puan Fieza Hana(No45)
Menurut Tn Pengerusi, tidak perlu diadakan tandatangan & salinan IC, apa yg perlu Cuma sediakan surat menyatakan kita hendak mengadakan pagar.

6. Pagar – adakan kawat berduri
Tindakan : Ahmad Nazri(22A)
Ahmad Nazri akan cuba mendapatkan sebut harga untuk kawat berduri, menurut beliau harga adalah lebih rendah berbanding dgn yg lain & lebih selamat.

7. Pagar - isu ke pemaju (tarikh akhir dgn pemaju pd 3/2010)
Tindakan : Zainudin (No30) - PENDING
Minta pemaju membaiki pagar yg telah rosak / tidak kukuh.

8. Penyelenggaraan (tarikh akhir dgn pemaju pd 3/2010)
Tindakan : Norazmanshah (No9) - PENDING

9. Defect 2.5% (tarikh akhir dgn pemaju pd 3/2010)
Tindakan : Aizul (No2) – PENDING
Jika perlu penduduk adakan khidmat peguam.

10. Masterplan
Tindakan : Amran(No73)/Rozita(No36)
Masih tidak boleh ditukar nama kpd lot-lot, masalah terdapat nama utama yg telah BANKRUP.

11. Interest 2% Dikenakan pada Penduduk
Tindakan : Dr. Nurhizam (77)
Akan cuba mendapatkan supaya interest tidak dikenakan kpd penduduk kerana masalah ini antara pemaju dgn masterplan. Jika perlu penduduk adakan khidmat peguam.
Maklumbalas:
Mengenai interest 2%. Tiada interest dikenakan kepada penghuni Taman Kristal 2. Baki deposit sepenuhnya akan dipulangkan kepada kita setelah isu berkaitan penukaran hakmilik tanah selesai.
Utk tujuan dptkan baki deposit tu, kita boleh buat satu surat permohonan bersama, sign satu taman. minta pemaju keluarkan surat reply jawab secara hitam-putih, kenapa tangguh bayaran, kenapa tak reimburse awal. Ini pemaju hanya jawab secara verbal. Jadi surat ini boleh digunakan sebagai bukti sekiranya tindakan legal kita nak buat,

11. Blog TK2 - akses melalui user ID dan pasword
Tindakan : Puan Fieza Hana(No45)
Maklumbalas:
Akses telah pun diadakan, minta email pd admin tk2 kpd yg ada masalah akses

12. Khairiat kematian
Tindakan : Dr. Mohamad Arif (No42A)
Amran(73) akan emailkan kpd penduduk yg beragama Islam, yg bukan beragama Islam minta delete kan email ini. Seterusnya borang yg telah diisi hantar kpd Dr Mohamad Arif

13. Alat pemadam api/kebakaran
Tindakan : Ramli (No12)
Boleh berurusan dgn Ramli.
Maklumbalas:
Alat pemadam api jenis Dry Powder 1 kg (RM70), Dry Powder 3 kg (RM98)

Catatan:
Cadangan perjumpaan seterusnya adalah sebelum 30/10/09 iaitu selepas Dr. Nurhizam (77) telah mendapatkan sebut harga yg TERBAIK utk kawalan keselamatan.

Mesyuarat bersurai pada jam 12.15 pm

1 ulasan:

  1. Maklumat utk penubuhan kawalan Rukun Tetangga tahun 2010, surat permohonan taklimat perlu dihantar ke Jab.Perpaduan Negara di BB. Salak Tinggi. Pegawai akan datang memberikan taklimat kepada penduduk taman pada hujung minggu Sabtu/Ahad.
    Antara faedah yang akan diperolehi:-
    1) geran tahunan - utk membuat aktiviti jamuan
    2) insurans untuk penduduk yg ymembuat rondaan
    3) ada daerah lain yg dapat peruntukan utk membuat palang gate dan pondok kawalan keselamatan, menurut Pn. Yuslina Yusuf (pembantu tadbir). Perlu berunding dgn pegawai yg memberikan taklimat.
    Di Sepang ada 27 RT di mana 20 RT adalah aktif

    BalasPadam