Rabu, 20 Januari 2010

Sesi Suai Kenal Dgn Security Baru

Tarikh: 24/1/2010 (Ahad)

Masa: 9.00 am (TEPAT)

Lokasi: Depan Pondok Guard

Jangkamasa: 1 jamAgenda:

Pengenalan

Apa yg dilakukan...
Peranan / Tugas Guard & peranan warga TK2
Kenal BOSS Security, Supervisor, 4 pekerja yg dilantik, sesi soal-jawab dll yg perlu

Makanan/minumun TIDAK disediakan, melainkan ada warga TK2 yg nak sponser dialu-alukan.

AMRAN
SETIAUSAHA

Security Guard: Hargai apa yg ada dlm tangan

Assalamualaikum tuan-tuan & puan-puan yg dihormati,
Baguslah kita mahu berkenal-kenalan dgn 4 guard kita Ahad nih. harap kita dpt hidup bersama & bekerjasama secara harmoni. Diharap setiap mrka, diberi peluang bercakap tntg latar blkg diri masing2 & apa aspirasi merka terhadp tmn ni..semoga mrka dpt jlnkn tugas dgn amanah & dedikasi.
Guard pelik tanya ada pula sesi suai kenal utk mrka? sbb tak pernah berlaku sblm ni kat mana2. Saya katakn, tandanya kita mahu hargai mreka..Utk permulaan ni memang ada banyk kekurgan & kelemahannya. Saya percaya makin lama kita akn dpt atasinya sedikit demi sedikit..
Waktu Sy Awara dulu saya dah nak putus asa tapi nasib baik selain suami, En Harith banyak berikn smangat. So, jika ada apa2 masalah sila beritahu saya. Saya akn bercakp perlahan2 dgn guard. Jika gagal, saya akn bercakap dgn supervisor dia @ boss Vanguard sendiri. Dah 1 minggu lebih nih memang mrka beri kerjasama yg baik sekali. Antara teguran yg dah saya buat ialah minta mrka lebih krp meronda iaitu 1 jam sekali & sentiasa tutup besi palang entrance. Tuan2 & puan2 pun boleh berpesan terus dgn guard pd bila-bila masa, merka mungkin terlupa suatu hari.Kita tegur perlahan-lahan sbb dorg ni old timer- sensitif, cthnye datuk kpd 10 cucu & bapa kpd 8 ank yg baya2 kita. En Kumaran paling muda & tapi pekerja yg baik, kata bos dia.
Syukurlah ada juga sy keselamatn yg sanggup nak jaga kita. Saya jamin, 90 % company tak kan sanggup ambil assigment kita sbb terlalu murah. Pengalaman saya, ada yg offkn tipon, ada yg ketawakn, ramai yg janji2 nak call tapi tak call balik, ada yg simpati tapi tak dpt buat apa2, ada yg kata 'tmn perumahan' tak minat-susah dpt bayarn & ada yg kata boleh- tapi rupanya masuk poket dia..Oleh itu, hargailah apa yg ada dalam tangan kita maksudnya, usah legahkan bayaran..Usah sampai suatu hari mrka melarikn diri semata-mata tak dpt bayaran @ tak cukup bayaran dr kita. Pastikan, tiap awal bulan lepas dpt gaji (sblm 10 hb), ketepikn rm100 utk bayar kat ketua blok masing2 atau masuk direct kat account Cimb TK2 utk yuran guard. Jika kita tak tegas soal bayaran, lambat laun usaha murni ni akn terkubur & sudah pasti setiap hari kita & anak-anak kita berdepan dgn ancaman2 jenayah.Utk makluman tuan2 & puan2, utk dptkan khidmat security ini kita terpaksa bayar yuran yg tinggi iaitu sekitar rm100 bila dipurata (sedgkn tmn perumaham lain sekitar rm50 saja); ini disebbkan comunity kita terlalu kecil iaitu 66 rumh saja (itupun yg turn up dlm 50).Utk dptkn khidmat security, kerj M'sia dah tetapkn rm6 sejam utk seorg pengawal; katalah 50 buah rumah; 4 org x 12j x rm6 x 30.5 hari + 5% tax = rm9223 / 50 rum = rm184.5 bln/rumh. Tapi kita telah minta rm3.5 sejam; iaitu 4 org x 12j x 3.5 x 30.5 hari + 5% tax = rm5380 / 50 rumh =rm107.6 bln/rumh. Setiap rumh dah ditetapkan hanya perlu byr rm100 bln/rumh - maknanya yg balence tu @ tak cukup, comitee yg kena perah otak cari jln mcm mana nak cukupkn. belm masuk lagi caj api, air & indah water. Comitee (En Sulaiman, En Izam & En Amran) buat semua nih pasal tak sampai hati...Jika adapun 1 ke 2 company yg sanggup mcm Sy Awara, tapi last minuits tak deliver juga mungkin disebbkn kita bkn periority merka.
Masa deal dgn Sy Awara tu pending 3 minggu hari2 ckp tipon bincang pasal insuran, tuntutan api-air, faciliti, agreement, peralatan, briefing dll tapi akhirnya merka mengaku tak cukup guard. 1st day sekolah 4 hb saya pitam, tak tidur mlm- sbb takut..en izam di afrika, anak saya terpaksa ponteng. Tapi, at last yg tak disangka pula tiba, Syarikat Vanguard tepat masa yg dijanjikn muncul dgn cukup anggota. Cuma, hingga kini saya masih belum terima apa2 document dr mreka. Walaupun murah (diharap taklah bererti tidak perform langsung..), saya masih cuba dptkan jaminan gantirugi sekiranya berlaku apa2. Tetapi sekiranya tak berjaya, saya cadangkan kita beli insuran berkelompok, atau paling murah kata En Harith, sorg guard rm20. Tapi sblm tu, boleh tak masa sesi suai kenal Ahad ni minta sesiapa tolong high light perkara nih kat boss dia, En Hairul ex-majistret juga syer owner Vanguard yg dah setuju hadir sama? Selain tu, kita tanya juga pasal clocking system.
Sy Vanguard yg dimiliki kerabat N9 ni setahu sy agak prominent kat negara kita. Sy ni ditubuhkan pd thn 1985 & punya pengalaman luas. Mreka banyk terima assigmnts besar. En izam & saya dah kira, memang untung min je bisnes dgn kita. Sblm ni, kita pernah tolak 3x sebb tak mampu. Saya pun tak tahu kenapa Sy Vanguard sanggup ambil kita (mungkin ini adalh tanggungjawab sosial mrka).
Oleh itu hargailah apa yg ada dlm tangan kita kini, usah sia-siakan peluang yg ada. Ingatlah,.. waktu kita tidur ada org yg akn bersengkang mata x tidur; waktu kita mahu balik rumah lepas 8 jm brkerja, ada org yg hanya balik lepas 12 jam; waktu kita berehat hujg minggu, ada org masih terpacak mencari rezeki; Waktu cuti umum kita bawa anak2 pergi berkelah, jumpa kawan, saudara mara @ shopping, ada org hanya memandang ke rumah kita utk pastikn selamat. Waktu perompak cuba menyelinap masuk, ada org yg akn pertaruhkan nyawa mrka dulu..at the end of the day, mereka hnya dpt rm800, (bukan rm8000) cukup2 je nak terus kan hidup.
Oleh itu jagalah jaga kita baik-baik.Akhir sekali, terima kasih tuan-tuan yg bersusah payah turun gotong royong utk siapkan post gurad kita 2 hujung minggu lalu. Krn tuan-tuanlah kawalan keselamatan kini telah berjaln sempurna. Dan krn tuan jugalah membuatkn sungguh indah memori tinggal di tamn kita...Hanya Allah saja yg dapt membalas kebaikan tuan-tuan itu.
Sekian. Terima kasih
77

Selasa, 22 Disember 2009

Keputusan Mesyuarat Bil.5/2009

13 Dis 09, 8.30am
Keputusan Mesyuarat:
KAWALAN KESELAMATAN:
  • Pembayaran utk kawalan keselamatan, RM100 sebulan utk setiap rumah.
  • Kutipan utk bulan jan 2010, bermula pd awal bulan jan minggu pertama
  • (cth. rm5300 utk 24 jam, 53 buah rumah, maka sebuah rumah rm100)
  • Cara bayaran, secara on-line (bank-in ke acc TK2) atau beri pd AJK setiap lorong yg telah dilantik (BENDAHARI akan maklumkan no. acc & kaedah utk sahkan bayaran dibuat)
  • Setiap bayaran dibuat perlu maklumkan kpd BENDAHARI & AJK LORONG, dgn nyatakan jumlah, no rumah & nama.
  • AJK LORONG perlu memastikan bayaran telah dilaksanakan.
  • KETUA BENDAHARI baru telah dilantik iaitu Dr Nurhizam (no.77), sementara PENOLONG BENDAHARI iaitu Md Norhisham (no.33)
  • AJK LORONG: 2/1=Shahrulnyzam (no.45), 2/2=Md Rizal (no.11A), 2/3=Md Irwan (no.79), 2/4=Md Sazali (no.28)
  • Status Terkini Persetujuan Pembayaran Kawalan Keselamatan: 57 buah rumah telah SETUJU, 50 buah telah membayar DEPOSIT, sementara 7 telah setuju tapi belum bayar lagi. Misi Kita lagi banyak bilangan rumah yg setuju bayaran bulanan pun dapat dikurangkan. Minta AJK LORONG AKTIF UTK MAKLUMKAN PERKARA INI.

CUKAI PINTU:
Dr Nurhizam akan sediakan surat rayuan supaya dpt dikurangkan cukai pintu & tandatangan oleh semua warga TK2.

PONDOK KAWALAN KESELAMATAN:
Pengerusi akan usahakan utk dapatkan elektrik & air utk disambungkan ke PONDOK

STICKER:
Sticker boleh ambil pd BENDAHARI (Dr Nurhizam (no.77)), Mulai 1/1/2010 yg ada STICKER shj. yg boleh masuk yg tiada kena parking luar atau tulis nama pd guard

GATE:
Sepatutnya GATE mestilah sentiasa diTUTUP. Utk GUARD BARU yg akan dilantik 1/1/2010 KITA MESTI MEMASTIKAN GATE SENTIASA DITUTUP. Yg ada sekarang bolehlah kita maklumkan supaya ianya ditutup.

Berjaya atau pun tidak semuanya bergantung kepada SUARA MAJORITI warga TK2, apa yg penting...KERJASAMA.

Mesyuarat bersurai pd 10.30am.

AMRAN
SETIAUSAHA
13 Dis 2009 (11.35pm)

Rabu, 28 Oktober 2009

Kawalan Keselamatan : kutipan deposit & utk bulan Nov & Dis 09

  • Status Sehingga 24/10/2009
  • Jumlah yg telah bayar deposit = 49 (74%)
  • Setuju tetapi belum bayar lagi = 5 (8%)
  • Tiada keputusan / tidak dapat dihubungi = 12 (18%)
Misi kita akan cuba dptkan kutipan & persetujuan antara 55 ke 60 buah rumah, iaitu 1 hingga 5 buah rumah lagi. Minta bantuan semua WARGA TK2 sama-sama memberi kerjasama dlm menjaya MISI ini. Memberi kerjasama bermaksud jika ada jiran-jiran kita tolonglah terangkan STATUS TERKINI mengenai Kawalan Keselamtan. Mungkin selepas ini kita bincang hanya kereta yg ada sticker SAHAJA yg bole masuk terus, tapi yg tiada STICKER kena tulis nama pd log book. Dan utk malam GATE perlu diturunkan utk keselamatan.

Rabu, 21 Oktober 2009

Panggilan Mesyuarat TK2 Bil.4/2009

Panggilan Mesyuarat
24/10/09 (Sabtu ini)
8 pagi
Padang Mainan Tmn Kristal 2

Agenda:
1) Keputusan lantikan syarikat pengawal keselamatan yg baru
2) 12 jam atau 24 jam ?
3) Cara pembayaran dibuat ?
4) Pemberian sticker kpd warga TK2
5) Palang gate - telah lantik LIM, utk kerja2 memasang dgn kos rm650
6) Isu Pagar - Dr Nurhizam akan memberi cadangan mengenai pembinaan pagar yg selamat, kukuh, yg mana berkemungkinan dgn adanya pagar ini, kita hanya memerlukan hanya satu pengawal keselamatan utk 12 jam & satu pengawal keselamatan utk 12 jam berikutnya.
7) Rakan Cop - 32728 - brosur akan diedarkan & mengapa ianya penting dlm kehidupan sekarang.
8) Pondok Pengawal Keselamatan - harus diberbaiki, dr segi adakan bumbung, air, letrik, dll.
9) Lain-lain perkara yg berbangkit.

Diharap semua warga TK2 dapat hadir sama terutamanya isu-isu yg memerlukan idea-idea yg bernas & yg boleh dibuat keputusan oleh warga TK2.
Sekian, terima kasih.

Selasa, 13 Oktober 2009

Kutipan Deposit (RM100) Kawalan Keselamatan

  • Status Sehingga 24/10/2009
  • Jumlah yg telah bayar = 49 (74%)
  • Setuju tetapi belum bayar lagi = 5 (8%)
  • Tiada keputusan / tidak dapat dihubungi = 12 (18%)
1. Kawalan keselamatan – dapatkan syarikat yg TERBAIK

Tindakan : Dr. Nurhizam (77)

Maklumbalas:2009 Oktober 14 17:00
Maklumat terkini syarikat kawalan keselamatan
Saya sudah hubungi 10 syarikat keselamatan, kebanyakkan berpejabat sekitar, Puchong, BB. Salak Tinggi, BB Bangi, Seremban dan Kajang. (senang kalau ada apa-apa masalah, nak jumpa pengurusan mereka). 4 syarikat setuju untuk datang pada Sabtu ini utk membuat tinjauan dan memberikan sebutharga.
Saya juga telah hubungi syarikat asal, juga berminat utk sambung balik kontrak dgn kita.
Rata-rata semua syarikat sanggup utk beri kadar RM4.00 - RM 4.50/jam/orang.


4. Jabatan Perpaduan Negara
Dgn mengadakan Rukun Tertangga di TK2, kita boleh mendapatkan bantuan seperti cota, khemah, mungkin juga Pondok Keselamatan & gate, dll. Dr. Nurhizam akan usahakan mengenai perkara tersebut.

Tindakan : Dr. Nurhizam (77)

Maklumbalas: 2009 Oktober 15 15:34
Maklumat utk penubuhan kawalan Rukun Tetangga tahun 2010, surat permohonan taklimat perlu dihantar ke Jab.Perpaduan Negara di BB. Salak Tinggi. Pegawai akan datang memberikan taklimat kepada penduduk taman pada hujung minggu Sabtu/Ahad.
Antara faedah yang akan diperolehi:-
1) geran tahunan - utk membuat aktiviti jamuan
2) insurans untuk penduduk yg ymembuat rondaan
3) ada daerah lain yg dapat peruntukan utk membuat palang gate dan pondok kawalan keselamatan, menurut Pn. Yuslina Yusuf (pembantu tadbir). Perlu berunding dgn pegawai yg memberikan taklimat.
Di Sepang ada 27 RT di mana 20 RT adalah aktif

Mesyuarat TK2 Bil.3/2009

Mesyuarat TK2 Bil.3/2009
Tarikh : 10/10/2009 (Sabtu)
Masa : 8 pagi
Tempat : Padang Mainan TK2

Kehadiran penduduk ke mesyuarat kali ini adalah seramai 21 orang. Berikut adalah hasil dari perbincangan yang telah diadakan:-

NOTA PERBINCANGAN

1. Kawalan keselamatan – dapatkan syarikat yg TERBAIK
Tindakan : Dr. Nurhizam (77)
Semua telah bersetuju utk mengutip RM100 setiap rumah sebagai deposit utk dibawa berbincang dgn pihak kawalan keselamatan. Kita akan cuba mendapat bayaran bulanan TERENDAH yg mungkin utk kawalan keselamatan.
Heizrul(32A) = 012-3858504

2. Palang gate
Tindakan : Ahmad Nazri(22A)
Ahmad Nazri akan cuba mendapatkan sebut harga untuk untuk palang gate

3. Pondok keselamatan
Tindakan : Dr. Nurhizam (77)
Dr Nurhizam akan cuba berurusan dgn pemaju utk dptkan pondok keselamatan sedia ada. Memindahkan lokasi yg lebih sesuai (telah pun berbincang), kemudahan asas infrastructure dr segi tapak, elektrik, air, tandas, dll.
Maklumbalas:
pemaju SETUJU pindahkan pondok lama tu ke dalam kawasan taman kita, tapi saya perlu hantar surat rasmi permohonan.

4. Jabatan Perpaduan Negara
Tindakan : Dr. Nurhizam (77)
Dgn mengadakan Rukun Tertangga di TK2, kita boleh mendapatkan bantuan seperti cota, khemah, mungkin juga Pondok Keselamatan & gate, dll. Dr. Nurhizam akan usahakan mengenai perkara tersebut.

4. Sticker
Tindakan : Mohd Sazali Jalil (No28)
Apa yg telah diberitahu STICKER telah pun siap utk digunakan

5. Pagar - isu dibawa ke MDS
Tindakan : Tuan Pengerusi (No53) dan Puan Fieza Hana(No45)
Menurut Tn Pengerusi, tidak perlu diadakan tandatangan & salinan IC, apa yg perlu Cuma sediakan surat menyatakan kita hendak mengadakan pagar.

6. Pagar – adakan kawat berduri
Tindakan : Ahmad Nazri(22A)
Ahmad Nazri akan cuba mendapatkan sebut harga untuk kawat berduri, menurut beliau harga adalah lebih rendah berbanding dgn yg lain & lebih selamat.

7. Pagar - isu ke pemaju (tarikh akhir dgn pemaju pd 3/2010)
Tindakan : Zainudin (No30) - PENDING
Minta pemaju membaiki pagar yg telah rosak / tidak kukuh.

8. Penyelenggaraan (tarikh akhir dgn pemaju pd 3/2010)
Tindakan : Norazmanshah (No9) - PENDING

9. Defect 2.5% (tarikh akhir dgn pemaju pd 3/2010)
Tindakan : Aizul (No2) – PENDING
Jika perlu penduduk adakan khidmat peguam.

10. Masterplan
Tindakan : Amran(No73)/Rozita(No36)
Masih tidak boleh ditukar nama kpd lot-lot, masalah terdapat nama utama yg telah BANKRUP.

11. Interest 2% Dikenakan pada Penduduk
Tindakan : Dr. Nurhizam (77)
Akan cuba mendapatkan supaya interest tidak dikenakan kpd penduduk kerana masalah ini antara pemaju dgn masterplan. Jika perlu penduduk adakan khidmat peguam.
Maklumbalas:
Mengenai interest 2%. Tiada interest dikenakan kepada penghuni Taman Kristal 2. Baki deposit sepenuhnya akan dipulangkan kepada kita setelah isu berkaitan penukaran hakmilik tanah selesai.
Utk tujuan dptkan baki deposit tu, kita boleh buat satu surat permohonan bersama, sign satu taman. minta pemaju keluarkan surat reply jawab secara hitam-putih, kenapa tangguh bayaran, kenapa tak reimburse awal. Ini pemaju hanya jawab secara verbal. Jadi surat ini boleh digunakan sebagai bukti sekiranya tindakan legal kita nak buat,

11. Blog TK2 - akses melalui user ID dan pasword
Tindakan : Puan Fieza Hana(No45)
Maklumbalas:
Akses telah pun diadakan, minta email pd admin tk2 kpd yg ada masalah akses

12. Khairiat kematian
Tindakan : Dr. Mohamad Arif (No42A)
Amran(73) akan emailkan kpd penduduk yg beragama Islam, yg bukan beragama Islam minta delete kan email ini. Seterusnya borang yg telah diisi hantar kpd Dr Mohamad Arif

13. Alat pemadam api/kebakaran
Tindakan : Ramli (No12)
Boleh berurusan dgn Ramli.
Maklumbalas:
Alat pemadam api jenis Dry Powder 1 kg (RM70), Dry Powder 3 kg (RM98)

Catatan:
Cadangan perjumpaan seterusnya adalah sebelum 30/10/09 iaitu selepas Dr. Nurhizam (77) telah mendapatkan sebut harga yg TERBAIK utk kawalan keselamatan.

Mesyuarat bersurai pada jam 12.15 pm