
Selasa, 15 September 2009
Pulanglah Di Hari Raya
Pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri
Jangan lupa baca doa yer... =)
Rata-ratanya penduduk TK2 akan mengambil peluang berhari raya di kampung halaman masing-masing. Disamping merasai suasana raya yang lebih meriah di kampung, ia juga bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim sanak saudara yang sudah lama tidak berjumpa. Yang mana jarang ada peluang balik kampung, jumpe ibu bapa, inilah masanya sementara ibu bapa masih ada. Ibu bapa la insan paling seronok bila tengok anak berkumpul di hari raya. Nanti kita dah jadi macam ibu bapa kita, kita boleh rasa la mcm mana yaa... Hari-hari duduk depan pintu, tunggu anak balik... ye laa kott.. ekk =)
Rasanya semua dah buat persiapan raya. Beli baju anak-anak, baju sendiri, kuih muih,langsir dan perabot baru, bajet nak balik kampung. Mana yang anak buah ramai, tentu kena sediakan bajet untuk duit raya. Apa-apa pun, buatlah perbelanjaan yang berhemah, ye lah raya memang lah setahun sekali ( tak termasuk raja haji, deepavali, chinese new year yang tentunya kita juga akan sibuk nak balik kampung hihi..).
Dipenghujung Ramadhan ini, terasa kesayuannya walaupun kita bakal meraikan kemenangan kita dengan tibanya Syawal. Mungkinkah kita akan bertemu lagi Ramadhan akan datang? saya tinggalkan untuk anda fikirkan.
Dijangka kebanyakkan Penduduk TK2 akan mengambil cuti Hari Raya Aidil Fitri bermula 18 Sept - 28 Sept 2009. Sebelum melangkah pulang ke kampung, pastikan rumah anda ditinggalkan dalam keadaan selamat dan berhati-hati dijalan raya. Akhir kata, Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir Batin.
PETUA KESELAMATAN JALAN RAYA
- Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda (ingat orang tersayang)
- Sentiasa patuhi had laju yang ditetapkan
- Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan ketika menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandang belakang sebelum menukar lorong
- Sentiasa mematuhi peraturan jalanraya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki
- Elakkan daripada mengekori kenderaan lain terlalu rapat
- Jangan memotong jika teragak-agak dan patuhi peraturan ketika memotong
- Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan laluan kecemasan, ini bukan sahaja biadap tetapi membahayakan pengguna lain ( orang lain pun nak cepat jugaaa !)
- Elakkan mencelah di antara kenderaan lain, ini membahayakan anda dan pengguna lain
Rabu, 9 September 2009
Cadangan Majlis Hari Raya TK2
Oleh kerana ini adalah Majlis Hari Raya yang pertama penduduk TK2. Persoalannya, Bagaimana untuk memeriahkan Majlis Hari Raya Taman kita?
Tarikh ? Lokasi ? Makanan ? apa-apa saja cadangan dialu-alukan.
Tarikh ? Lokasi ? Makanan ? apa-apa saja cadangan dialu-alukan.
Label:
Majlis Hari Raya
Langgan:
Ulasan (Atom)

