Selasa, 22 Disember 2009

Keputusan Mesyuarat Bil.5/2009

13 Dis 09, 8.30am
Keputusan Mesyuarat:
KAWALAN KESELAMATAN:
  • Pembayaran utk kawalan keselamatan, RM100 sebulan utk setiap rumah.
  • Kutipan utk bulan jan 2010, bermula pd awal bulan jan minggu pertama
  • (cth. rm5300 utk 24 jam, 53 buah rumah, maka sebuah rumah rm100)
  • Cara bayaran, secara on-line (bank-in ke acc TK2) atau beri pd AJK setiap lorong yg telah dilantik (BENDAHARI akan maklumkan no. acc & kaedah utk sahkan bayaran dibuat)
  • Setiap bayaran dibuat perlu maklumkan kpd BENDAHARI & AJK LORONG, dgn nyatakan jumlah, no rumah & nama.
  • AJK LORONG perlu memastikan bayaran telah dilaksanakan.
  • KETUA BENDAHARI baru telah dilantik iaitu Dr Nurhizam (no.77), sementara PENOLONG BENDAHARI iaitu Md Norhisham (no.33)
  • AJK LORONG: 2/1=Shahrulnyzam (no.45), 2/2=Md Rizal (no.11A), 2/3=Md Irwan (no.79), 2/4=Md Sazali (no.28)
  • Status Terkini Persetujuan Pembayaran Kawalan Keselamatan: 57 buah rumah telah SETUJU, 50 buah telah membayar DEPOSIT, sementara 7 telah setuju tapi belum bayar lagi. Misi Kita lagi banyak bilangan rumah yg setuju bayaran bulanan pun dapat dikurangkan. Minta AJK LORONG AKTIF UTK MAKLUMKAN PERKARA INI.

CUKAI PINTU:
Dr Nurhizam akan sediakan surat rayuan supaya dpt dikurangkan cukai pintu & tandatangan oleh semua warga TK2.

PONDOK KAWALAN KESELAMATAN:
Pengerusi akan usahakan utk dapatkan elektrik & air utk disambungkan ke PONDOK

STICKER:
Sticker boleh ambil pd BENDAHARI (Dr Nurhizam (no.77)), Mulai 1/1/2010 yg ada STICKER shj. yg boleh masuk yg tiada kena parking luar atau tulis nama pd guard

GATE:
Sepatutnya GATE mestilah sentiasa diTUTUP. Utk GUARD BARU yg akan dilantik 1/1/2010 KITA MESTI MEMASTIKAN GATE SENTIASA DITUTUP. Yg ada sekarang bolehlah kita maklumkan supaya ianya ditutup.

Berjaya atau pun tidak semuanya bergantung kepada SUARA MAJORITI warga TK2, apa yg penting...KERJASAMA.

Mesyuarat bersurai pd 10.30am.

AMRAN
SETIAUSAHA
13 Dis 2009 (11.35pm)

Rabu, 28 Oktober 2009

Kawalan Keselamatan : kutipan deposit & utk bulan Nov & Dis 09

  • Status Sehingga 24/10/2009
  • Jumlah yg telah bayar deposit = 49 (74%)
  • Setuju tetapi belum bayar lagi = 5 (8%)
  • Tiada keputusan / tidak dapat dihubungi = 12 (18%)
Misi kita akan cuba dptkan kutipan & persetujuan antara 55 ke 60 buah rumah, iaitu 1 hingga 5 buah rumah lagi. Minta bantuan semua WARGA TK2 sama-sama memberi kerjasama dlm menjaya MISI ini. Memberi kerjasama bermaksud jika ada jiran-jiran kita tolonglah terangkan STATUS TERKINI mengenai Kawalan Keselamtan. Mungkin selepas ini kita bincang hanya kereta yg ada sticker SAHAJA yg bole masuk terus, tapi yg tiada STICKER kena tulis nama pd log book. Dan utk malam GATE perlu diturunkan utk keselamatan.

Rabu, 21 Oktober 2009

Panggilan Mesyuarat TK2 Bil.4/2009

Panggilan Mesyuarat
24/10/09 (Sabtu ini)
8 pagi
Padang Mainan Tmn Kristal 2

Agenda:
1) Keputusan lantikan syarikat pengawal keselamatan yg baru
2) 12 jam atau 24 jam ?
3) Cara pembayaran dibuat ?
4) Pemberian sticker kpd warga TK2
5) Palang gate - telah lantik LIM, utk kerja2 memasang dgn kos rm650
6) Isu Pagar - Dr Nurhizam akan memberi cadangan mengenai pembinaan pagar yg selamat, kukuh, yg mana berkemungkinan dgn adanya pagar ini, kita hanya memerlukan hanya satu pengawal keselamatan utk 12 jam & satu pengawal keselamatan utk 12 jam berikutnya.
7) Rakan Cop - 32728 - brosur akan diedarkan & mengapa ianya penting dlm kehidupan sekarang.
8) Pondok Pengawal Keselamatan - harus diberbaiki, dr segi adakan bumbung, air, letrik, dll.
9) Lain-lain perkara yg berbangkit.

Diharap semua warga TK2 dapat hadir sama terutamanya isu-isu yg memerlukan idea-idea yg bernas & yg boleh dibuat keputusan oleh warga TK2.
Sekian, terima kasih.

Selasa, 13 Oktober 2009

Kutipan Deposit (RM100) Kawalan Keselamatan

  • Status Sehingga 24/10/2009
  • Jumlah yg telah bayar = 49 (74%)
  • Setuju tetapi belum bayar lagi = 5 (8%)
  • Tiada keputusan / tidak dapat dihubungi = 12 (18%)
1. Kawalan keselamatan – dapatkan syarikat yg TERBAIK

Tindakan : Dr. Nurhizam (77)

Maklumbalas:2009 Oktober 14 17:00
Maklumat terkini syarikat kawalan keselamatan
Saya sudah hubungi 10 syarikat keselamatan, kebanyakkan berpejabat sekitar, Puchong, BB. Salak Tinggi, BB Bangi, Seremban dan Kajang. (senang kalau ada apa-apa masalah, nak jumpa pengurusan mereka). 4 syarikat setuju untuk datang pada Sabtu ini utk membuat tinjauan dan memberikan sebutharga.
Saya juga telah hubungi syarikat asal, juga berminat utk sambung balik kontrak dgn kita.
Rata-rata semua syarikat sanggup utk beri kadar RM4.00 - RM 4.50/jam/orang.


4. Jabatan Perpaduan Negara
Dgn mengadakan Rukun Tertangga di TK2, kita boleh mendapatkan bantuan seperti cota, khemah, mungkin juga Pondok Keselamatan & gate, dll. Dr. Nurhizam akan usahakan mengenai perkara tersebut.

Tindakan : Dr. Nurhizam (77)

Maklumbalas: 2009 Oktober 15 15:34
Maklumat utk penubuhan kawalan Rukun Tetangga tahun 2010, surat permohonan taklimat perlu dihantar ke Jab.Perpaduan Negara di BB. Salak Tinggi. Pegawai akan datang memberikan taklimat kepada penduduk taman pada hujung minggu Sabtu/Ahad.
Antara faedah yang akan diperolehi:-
1) geran tahunan - utk membuat aktiviti jamuan
2) insurans untuk penduduk yg ymembuat rondaan
3) ada daerah lain yg dapat peruntukan utk membuat palang gate dan pondok kawalan keselamatan, menurut Pn. Yuslina Yusuf (pembantu tadbir). Perlu berunding dgn pegawai yg memberikan taklimat.
Di Sepang ada 27 RT di mana 20 RT adalah aktif

Mesyuarat TK2 Bil.3/2009

Mesyuarat TK2 Bil.3/2009
Tarikh : 10/10/2009 (Sabtu)
Masa : 8 pagi
Tempat : Padang Mainan TK2

Kehadiran penduduk ke mesyuarat kali ini adalah seramai 21 orang. Berikut adalah hasil dari perbincangan yang telah diadakan:-

NOTA PERBINCANGAN

1. Kawalan keselamatan – dapatkan syarikat yg TERBAIK
Tindakan : Dr. Nurhizam (77)
Semua telah bersetuju utk mengutip RM100 setiap rumah sebagai deposit utk dibawa berbincang dgn pihak kawalan keselamatan. Kita akan cuba mendapat bayaran bulanan TERENDAH yg mungkin utk kawalan keselamatan.
Heizrul(32A) = 012-3858504

2. Palang gate
Tindakan : Ahmad Nazri(22A)
Ahmad Nazri akan cuba mendapatkan sebut harga untuk untuk palang gate

3. Pondok keselamatan
Tindakan : Dr. Nurhizam (77)
Dr Nurhizam akan cuba berurusan dgn pemaju utk dptkan pondok keselamatan sedia ada. Memindahkan lokasi yg lebih sesuai (telah pun berbincang), kemudahan asas infrastructure dr segi tapak, elektrik, air, tandas, dll.
Maklumbalas:
pemaju SETUJU pindahkan pondok lama tu ke dalam kawasan taman kita, tapi saya perlu hantar surat rasmi permohonan.

4. Jabatan Perpaduan Negara
Tindakan : Dr. Nurhizam (77)
Dgn mengadakan Rukun Tertangga di TK2, kita boleh mendapatkan bantuan seperti cota, khemah, mungkin juga Pondok Keselamatan & gate, dll. Dr. Nurhizam akan usahakan mengenai perkara tersebut.

4. Sticker
Tindakan : Mohd Sazali Jalil (No28)
Apa yg telah diberitahu STICKER telah pun siap utk digunakan

5. Pagar - isu dibawa ke MDS
Tindakan : Tuan Pengerusi (No53) dan Puan Fieza Hana(No45)
Menurut Tn Pengerusi, tidak perlu diadakan tandatangan & salinan IC, apa yg perlu Cuma sediakan surat menyatakan kita hendak mengadakan pagar.

6. Pagar – adakan kawat berduri
Tindakan : Ahmad Nazri(22A)
Ahmad Nazri akan cuba mendapatkan sebut harga untuk kawat berduri, menurut beliau harga adalah lebih rendah berbanding dgn yg lain & lebih selamat.

7. Pagar - isu ke pemaju (tarikh akhir dgn pemaju pd 3/2010)
Tindakan : Zainudin (No30) - PENDING
Minta pemaju membaiki pagar yg telah rosak / tidak kukuh.

8. Penyelenggaraan (tarikh akhir dgn pemaju pd 3/2010)
Tindakan : Norazmanshah (No9) - PENDING

9. Defect 2.5% (tarikh akhir dgn pemaju pd 3/2010)
Tindakan : Aizul (No2) – PENDING
Jika perlu penduduk adakan khidmat peguam.

10. Masterplan
Tindakan : Amran(No73)/Rozita(No36)
Masih tidak boleh ditukar nama kpd lot-lot, masalah terdapat nama utama yg telah BANKRUP.

11. Interest 2% Dikenakan pada Penduduk
Tindakan : Dr. Nurhizam (77)
Akan cuba mendapatkan supaya interest tidak dikenakan kpd penduduk kerana masalah ini antara pemaju dgn masterplan. Jika perlu penduduk adakan khidmat peguam.
Maklumbalas:
Mengenai interest 2%. Tiada interest dikenakan kepada penghuni Taman Kristal 2. Baki deposit sepenuhnya akan dipulangkan kepada kita setelah isu berkaitan penukaran hakmilik tanah selesai.
Utk tujuan dptkan baki deposit tu, kita boleh buat satu surat permohonan bersama, sign satu taman. minta pemaju keluarkan surat reply jawab secara hitam-putih, kenapa tangguh bayaran, kenapa tak reimburse awal. Ini pemaju hanya jawab secara verbal. Jadi surat ini boleh digunakan sebagai bukti sekiranya tindakan legal kita nak buat,

11. Blog TK2 - akses melalui user ID dan pasword
Tindakan : Puan Fieza Hana(No45)
Maklumbalas:
Akses telah pun diadakan, minta email pd admin tk2 kpd yg ada masalah akses

12. Khairiat kematian
Tindakan : Dr. Mohamad Arif (No42A)
Amran(73) akan emailkan kpd penduduk yg beragama Islam, yg bukan beragama Islam minta delete kan email ini. Seterusnya borang yg telah diisi hantar kpd Dr Mohamad Arif

13. Alat pemadam api/kebakaran
Tindakan : Ramli (No12)
Boleh berurusan dgn Ramli.
Maklumbalas:
Alat pemadam api jenis Dry Powder 1 kg (RM70), Dry Powder 3 kg (RM98)

Catatan:
Cadangan perjumpaan seterusnya adalah sebelum 30/10/09 iaitu selepas Dr. Nurhizam (77) telah mendapatkan sebut harga yg TERBAIK utk kawalan keselamatan.

Mesyuarat bersurai pada jam 12.15 pm

Selasa, 6 Oktober 2009

Panggilan Mesyuarat TK2 Bil.3/2009

MESYUARAT TK2 BIL.3/2009
Tarikh : 10 Oktober 2009 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Padang Mainan TK2


Diharap tuan/puan dapat memberi kerjasama yang padu dalam hal ini.




Selasa, 15 September 2009


Pulanglah Di Hari Raya

Pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri

Jangan lupa baca doa yer... =)
Rata-ratanya penduduk TK2 akan mengambil peluang berhari raya di kampung halaman masing-masing. Disamping merasai suasana raya yang lebih meriah di kampung, ia juga bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim sanak saudara yang sudah lama tidak berjumpa. Yang mana jarang ada peluang balik kampung, jumpe ibu bapa, inilah masanya sementara ibu bapa masih ada. Ibu bapa la insan paling seronok bila tengok anak berkumpul di hari raya. Nanti kita dah jadi macam ibu bapa kita, kita boleh rasa la mcm mana yaa... Hari-hari duduk depan pintu, tunggu anak balik... ye laa kott.. ekk =)
Rasanya semua dah buat persiapan raya. Beli baju anak-anak, baju sendiri, kuih muih,langsir dan perabot baru, bajet nak balik kampung. Mana yang anak buah ramai, tentu kena sediakan bajet untuk duit raya. Apa-apa pun, buatlah perbelanjaan yang berhemah, ye lah raya memang lah setahun sekali ( tak termasuk raja haji, deepavali, chinese new year yang tentunya kita juga akan sibuk nak balik kampung hihi..).

Dipenghujung Ramadhan ini, terasa kesayuannya walaupun kita bakal meraikan kemenangan kita dengan tibanya Syawal. Mungkinkah kita akan bertemu lagi Ramadhan akan datang? saya tinggalkan untuk anda fikirkan.

Dijangka kebanyakkan Penduduk TK2 akan mengambil cuti Hari Raya Aidil Fitri bermula 18 Sept - 28 Sept 2009. Sebelum melangkah pulang ke kampung, pastikan rumah anda ditinggalkan dalam keadaan selamat dan berhati-hati dijalan raya. Akhir kata, Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir Batin.

PETUA KESELAMATAN JALAN RAYA
  1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda (ingat orang tersayang)
  2. Sentiasa patuhi had laju yang ditetapkan
  3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan ketika menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandang belakang sebelum menukar lorong
  4. Sentiasa mematuhi peraturan jalanraya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki
  5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain terlalu rapat
  6. Jangan memotong jika teragak-agak dan patuhi peraturan ketika memotong
  7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan laluan kecemasan, ini bukan sahaja biadap tetapi membahayakan pengguna lain ( orang lain pun nak cepat jugaaa !)
  8. Elakkan mencelah di antara kenderaan lain, ini membahayakan anda dan pengguna lain

Rabu, 9 September 2009

Cadangan Majlis Hari Raya TK2

Oleh kerana ini adalah Majlis Hari Raya yang pertama penduduk TK2. Persoalannya, Bagaimana untuk memeriahkan Majlis Hari Raya Taman kita?
Tarikh ? Lokasi ? Makanan ? apa-apa saja cadangan dialu-alukan.

Rabu, 19 Ogos 2009

Terkini H1N1 : 25 Ogos 2009


Situasi Semasa Influenza A (H1N1)
(Setakat 25 Ogos 2009, jam 9.00 pagi)

Kes Kematian : 1
Jumlah Kematian : 70 orang

Selasa, 18 Ogos 2009

Aduhaii H1N1. . .















maklumat lanjut berkenaan influenza A (H1N1)


Segera dapatkan rawatan doktor jika anda mengalami :

Demam dan mengalami salah satu dari gejala ini ;

1.Batuk
2.Sesak Nafas
3.Sakit Tekak
4.Sakit Kepala
3.Sakit Badan



Penularan wabak ini dijangka berlarutan 6 bulan hingga satu tahun lagi, risiko jangkitan bertambah lebih2 lagi di musim tengkujuh. Sekiranya langkah pencegahan tidak diambil, lebih 5 juta rakyat Malaysia akan dijangkiti : sumber WHO:

Isnin, 17 Ogos 2009

Mesyuarat TK2 Bil.2/2009

Tarikh : 8/8/2009 (Sabtu)
Masa : 8malam
Tempat : Rumah Pengerusi

Kehadiran penduduk ke mesyuarat kali ini adalah seramai 20 orang. Berikut adalah hasil dari perbincangan yang telah diadakan:-

NOTA PERBINCANGAN

1. Kawalan keselamatan - mencari senarai syarikat2
Tindakan : Puan Rozita(No36)

2. Pondok keselamatan - palang gate
Tindakan : Dr. Mohamad Arif (No42A)

3. Sticker
Tindakan : Mohd Sazali Jalil (No28)

4. Pagar - isu dibawa ke MDS
Tindakan : Tuan Pengerusi (No53) dan Puan Fieza Hana(No45)

5. Pagar - isu ke pemaju
Tindakan : Zainudin (No30)

6. Penyelenggaraan
Tindakan : Norazmanshah (No9)

7. Defect 2.5%
Tindakan : Aizul (No2)

8. Masterplan
Tindakan : Amran(No73)/Rozita(No36)

9. Blog TK2 - akses melalui user ID dan pasword
Tindakan : Puan Fieza Hana(No45)

10. Khairiat kematian
Tindakan : Dr. Mohamad Arif (No42A)

11. Alat pemadam api/kebakaran
Tindakan : Ramli (No12)

12. Hantar salinan KP kpd Amran(No73) utk dibawa ke MDS berkenaan
permohonan tukar
pagar.
Tindakan : Amran (No73)

Lantikan Jawatankuasa:-
Pengerusi: Sulaiman Shamsuddin (No53)
Setiausaha: Amran (No73)
Bendahari: Norsaadah (No33)
AJK1: Nizam (No45)
AJK2: Sazali (No28)
AJK3: Rizal (No11A)
AJK4: Irwan (No79)
AJK5: Hasmawati (No49)

Catatan:
Cadangan perjumpaan seterusnya adalah pada pagi 27/9 (8 Syawal, Ahad) bertempat di Padang Mainan TK2.

Mesyuarat bersurai pada jam 10.45malam.

Rabu, 12 Ogos 2009

Kawalan Keselamatan



Salah satu dari maklumat berkenaan Pengawal Keselamatan dari Puan Rozita.
Ada sesiapa lagi yang ada maklumat berkenaan hal ini ? Bolehlah update disini.

masa (jam) = 12.00
per jam / per guard = 4.50
bil guard = 2.00
hari = 30.00
JUMLAH (RM) = 3,240.00

Bilangan Rumah: / Perlu bayar (RM)
66 / RM 49.09
60 / RM 54.00
55 / RM 58.91
50 / RM 64.80
46 / RM 70.43
(senarai yg telah memberi nama pd Mesy TK2 Bil.1/09 & Bil 2/09 ada 46 rumah)

Selasa, 11 Ogos 2009

Pengubahsuaian Sticker Kenderaan


Pengubahsuaian dilakukan supaya nama taman lebih jelas.

Khamis, 6 Ogos 2009

Panggilan Mesyuarat TK2 Bil.2/2009



MESYUARAT TK2 BIL.2/2009

Tarikh : 8 Ogos 2009

Masa : 8.00 - 10.00 malam

Tempat : Rumah Tuan Pengerusi Persatuan
(Encik Sulaiman b. Shamsuddin)
No 53 Jalan Kristal 2/1
0195127727

Di mohon tuan/puan membawa salinan kad pengenalan untuk tujuan pembinaan pagar, pos kawalan dan yang sewaktu dengannya.

Diharap tuan/puan dapat memberi kerjasama yang padu dalam hal ini.


Hasil Undian Cadangan Mesyuarat TK2 Bil.2/2009







Selasa, 4 Ogos 2009

Hasil Undian Sticker Kereta & Logo Persatuan




Hasil Undian Sticker Kereta & Logo Persatuan

Buat masa ini penduduk memilih Sticker B & Logo Green Peace.
Tuan/Puan masih boleh mengundi sehinggalah mesyuarat memutuskan
untuk menentukan Logo pengenalan kepada persatuan penduduk TK2
dan Sticker kereta yang akan digunakan oleh semua penduduk.
Sebarang cadangan/komen amatlah dialu-alukan.


Rabu, 29 Julai 2009

Logo Persatuan

Blue Hyppo
Yellow Mashmellow

Pink Panther


Green Peace

Saudara/Saudari, Tuan/Puan, Logo ini untuk pengenalan persatuan sahaja,Sticker hanya untuk pelekat kenderaan sahaja. Rasanya Kenderaan seperti Kereta/Motorsikal/Basikal/MPV/lain-lain kenderaan beroda kita pakai satu jenis pelekat saja. Takperlu rasanya membezakan setiap kenderaan dengan pelekat yang berlainan. Kos printing pun akan berkurang kalau satu design sahaja.

Sticker

Sticker A
Sticker B

Sticker C


Sticker D



Tuan/Puan boleh mengundi untuk memilih pelekat kenderaan untuk kegunaan penduduk Taman Kristal 2 sebagai salah satu alternatif untuk menghalang daripada pencerobohan dari luar dan mengelakkan daripada berlakunya kegiatan yang boleh menggugat keharmonian penduduk Taman Kristal 2.

Ahad, 26 Julai 2009

Aktiviti Taman

Cadangan bagi menghidupkan aktiviti taman riadah atau permainan:-

Jumaat, 24 Julai 2009

Sticker/Logo

  • Pandangan anda bagaimana?
  • Bila nak diadakan?
  • Sebelum adakan sticker, kena ada gate dulu & juga lantikan pengawal keselamatan yg baru. Nak buat sticker sekejap shj.
  • Sekarang ada cth 4 sticker. Mana pilihan anda?

Isnin, 20 Julai 2009

Isu Kawalan Keselamatan

Cadangan hasil daripada mesyuarat yang lalu:-
  1. pembayaran kawalan keselamatan selepas 31 Oct 09
  2. cadangan sticker utk penduduk taman
  3. palang keselamatan utk kawal kenderaan keluar masuk
  4. kawasan berpagar yang ada sekarang ditukar kepada zink
  5. pondok kawalan keselamatan yang selesa
kepada sesiapa yang ada komen atau cadangan, sila kemukakan.